Anda di sini

Ekonomi digital kukuhkan industri pertanian

Advertisement
KAKITANGAN Mafi merakamkan kenangan bersama Daud (tengah) dan tetamu jemputan lain.
KAKITANGAN Mafi merakamkan kenangan bersama Daud (tengah) dan tetamu jemputan lain.

KOTA KINABALU: Perluaskan ekonomi digital tuntutan penting dalam meningkatkan industri pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong berkata, usaha itu juga membantu mempergiatkan industri pertanian dalam perkhidmatan awam.

Menurutnya, kini pertanian menjadi lambang perniagaan dengan kaedah transaksi jual-beli yang bukan saja melibatkan tunai fizikal.

Malah katanya, ia dijalankan secara digital atas talian, tanpa sempadan dengan kos yang lebih murah.

DAUD (tengah) mendengar penjelasan peserta ketika melawat tapak pameran.
DAUD (tengah) mendengar penjelasan peserta ketika melawat tapak pameran.

"Revolusi industri terkini juga memperkenalkan kita kepada konsep 'Big Data' yang membawa manfaat besar kepada sistem perkhidmatan.

"Ia mampu memanfaatkan data yang berpotensi luas menerusi perkongsian data antara kementerian dan agensi kerajaan.

"Selain itu, konsep ini dapat mengurangkan data silos sekaligus berkongsi data untuk keputusan yang lebih cekap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) 2018 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi), jabatan dan agensi di bawahnya di sini hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh pembantunya Dr Daud Yusuf.

Juns berkata, menerusi konsep Big Data, ia akan menambahbaik proses membuat keputusan.

"Saya berharap agar seminar ICT ini dapat dijadikan platform interaktif dalam perkongsian teknologi terkini.

"Pada masa sama, kita dapat membincangkan potensi ICT dalam memantap dan memperkasakan lagi penyampaian perkhidmatan awam secara bersepadu," jelasnya.

Pada majlis itu, lebih 200 kakitangan Mafi mengikuti seminar ICT yang diadakan setiap tahun.

  • oleh
  • Advertisement