Anda di sini

Rakyat  Semporna perlu utamakan kebersihan bagi tarik pelancong

Advertisement
JAUJAN (tengah) menyempurnakan simbolik perasmian Program Gotong-Royong Perdana.
JAUJAN (tengah) menyempurnakan simbolik perasmian Program Gotong-Royong Perdana.

SEMPORNA: Masyarakat Semporna dinasihatkan untuk menjaga tahap kebersihan bagi menarik lebih ramai pelabur serta pelancong datang ke daerah itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, selain untuk mencantikan suasana persekitaran daerah itu, kebersihan juga penting bagi mengelakkan pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti denggi dan kolera.

"Selain faktor keselamatan, kebersihan juga menjadi faktor utama kedatangan pelancong ke daerah ini. Mereka datang untuk menikmati keindahan, tetapi sekiranya kebersihan diabaikan pelancong akan takut.

"Kita juga bersyukur pihak keselamatan di sini khususnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mengawal keadaan dengan baik.

“Buktinya semakin hari semakin ramai pelancong yang datang," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana, di sini hari ini.

Beliau berkata, masyarakat Semporna kini mula sedar akan tanggungjawab kebersihan seterusnya mewujudkan program gotong-royong membersihkan persekitaran.

Katanya, isu kebersihan bukan sahaja berlaku di sini tetapi turut terjadi di seluruh daerah negeri ini termasuk Kota Kinabalu.

  • oleh
  • Advertisement