Anda di sini

Kenal pasti pemilik rumah setinggan sebelum tindakan diambil

Advertisement
JAUJAN(enam kanan), Calvin (lima kanan), Hiew (lapan kiri), Saripuddin (tujuh kiri) dan Hamisa (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para penerima sumbangan raya.
JAUJAN (enam kanan), Calvin (lima kanan), Hiew (lapan kiri), Saripuddin (tujuh kiri) dan Hamisa (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para penerima sumbangan raya.

TAWAU: Kerajaan akan mengenal pasti individu yang menyewakan rumah setinggan kepada penyewa sebelum tindakan undang-undang diambil.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu kerana ia tidak selaras dengan niat baik kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat.

"Saya memang ada dengar perkara ini tetapi sebelum sebarang tindakan diambil, saya akan menyemak terdahulu.

"Oleh itu, menjadi keutamaan kerajaan baharu untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran DAP Sri Tanjong, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan mengenal pasti lot-lot tanah untuk menyediakan prasarana rumah mampu milik yang akan dibina oleh agensi berkaitan.

Katanya, tindakan merobohkan rumah setinggan tanpa menyediakan tempat tinggal kepada penduduk adalah tindakan yang kurang baik.

"Kalau kita roboh terus mereka pun manusia juga, haiwan pun ada rumah...kalau manusia tidak ada rumah maka ia lebih teruk dari haiwan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement