Anda di sini

Perkalas diberi kepercayaan pegang amanah CSR Warisan Harta

Advertisement
SARIFUDDIN melakukan penyerahan simbolik amanah (CSR) Warisan Harta bernilai RM30,000 kepada Kahar mewakili Perkalas, sambil diperhatikan mangsa kebakaran dan sukarelawan Perkalas.
SARIFUDDIN melakukan penyerahan simbolik amanah (CSR) Warisan Harta bernilai RM30,000 kepada Kahar mewakili Perkalas, sambil diperhatikan mangsa kebakaran dan sukarelawan Perkalas.

TAWAU: Pertubuhan Kebajikan Anak Lelulur Nusantara Negeri Sabah (Perkalas)-Third Force Sabah diberi kepercayaan Kerajaan Negeri untuk memegang amanah sumbangan sosial korporat (CSR) Kumpulan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd bernilai RM30,000.

Sumbangan itu meliputi bantuan RM10,000 untuk mangsa kebakaran di Kg Kukusan Tanah Merah Tanjung Batu dan RM20,000 di Kg Gas Batu Sapi Sandakan.

Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hata akui begitu tertarik dengan peranan aktif Perkalas membantu golongan memerlukan tanpa mengira sempadan dan latar belakang

“Sebenarnya, saya begitu dekat dengan Perkalas dari dahulu lagi, tetapi kita hanya memantau perkembangan dan aktiviti mereka secara diam-diam sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pengagihan bantuan RM10,000 terbabit kepada mangsa kebakaran di Kg Kukusan Tanah Merah Tanjung Batu.

Menurutnya, Perkalas membuktikan kewujudannya banyak membantu bukan hanya mangsa kebakaran tetapi juga orang susah termasuk gelandangan.

Sarifuddin akui kagum dengan kesungguhan ahli Perkalas, malah akan berusaha membantu pertubuhan itu dan berharap lebih ramai anak muda menjadi sukarelawan.

Pengasas gerakan The Third Force Raja Shamri Raja Husin menghargai kepercayaan diberikan dan mengakui ini kali pertama kerajaan menyantuni pertubuhan mereka.

Beliau memuji kerajaan negeri khususnya Sarifuddin kerana pantas bertindak membantu mangsa kebakaran, serta mewujudkan kebersamaan demi manfaat asnaf dan orang awam.

“Pengiktirafan sebegini memberikan semangat dan motivasi kepada sukarelawan, apabila ketelusan dipamerkan dan birokrasi ‘diketepikan’, dengan rakyat menjadi keutamaan.

“Kita doakan negara ini mampu dibina dengan kasih sayang bukannya kebencian, malah lebih ramai pihak tampil menghulur bantuan, tanpa cenderung mencari salah,” katanya.

Pengerusi Perkalas-Third Force Sabah Kahar Huseng berkata kepercayaan oleh Kerajaan Negeri disifatkannya sebagai memberi ruang kepada pihaknya untuk lebih aktif berbakti.

“Kita akan sentiasa turun padang menyantuni rakyat marhaen dan bekerjasama dengan semua pihak, termasuklah sukarelawan wira wirawati Warisan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement