Anda di sini

Loretto temui mangsa kebakaran

Advertisement
LORETTO menyampaikan sumbangan kepada Pitah diiringi rombongan Warisan Labuan.
LORETTO menyampaikan sumbangan kepada Pitah diiringi rombongan Warisan Labuan.

LABUAN: Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah, Loretto Padua Jr dalam kunjungan ke pulau bebas cukai ini pada Sabtu menyempatkan diri mengunjungi mangsa kebakaran rumah di Kg Sungai Lada kira-kira 18km dari sini.

Loretto yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah dilantik menyampaikan sumbangan kewangan dan keperluan harian kepada mangsa Pitah Yamin, 55, sebagai keprihatinan parti sementara menunggu bantuan rasmi dari jabatan-jabatan berkaitan.

“Kami bersimpati dengan bencana yang menimpa keluarga kamu, semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban sebelum bantuan rasmi jabatan berkaitan sampai,” kata Loretto kepada Pitah ketika berkunjung ke lokasi kebakaran.

Turut mengiringi Loretto ialah mantan calon Warisan Labuan PRU14 Noor Halim Datuk Haji Zaini, mantan Ahli Parlimen Labuan Datuk Mulok Ag Damit, penyelaras Warisan Labuan Salim Abdul Rahman, setiausaha penyelaras Warisan Labuan George Elias, ketua cawangan Warisan Sungai Lada Sapar Sabtu dan rombongan penggerak Warisan Labuan.

Dalam kebakaran menjelang subuh Jumaat, Pitah bersama isteri dan tiga anak yang berada dalam rumah sempat menyelamatkan diri sementara rumah dan segala isinya beserta semua dokumen tidak dapat diselamatkan kerana api merebak cepat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata, pihaknya yang bekejar ke lokasi kebakaran dengan empat jentera dan 17 anggota diketuai Penguasa Bomba Muhammad Azman Awang berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran itu pada jam 1.15 pagi.

BOMBA bertungkus-lumus memadamkan kebakaran rumah di Sg Lada.
BOMBA bertungkus-lumus memadamkan kebakaran rumah di Sg Lada.

Menurut Zainal, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.22 pagi dan balai bomba Layangan yang terletak kira-kira 5km dari lokasi kebakaran bergegas serta-merta.

Bagaimanapun setiba pasukan penyelamat di tempat kebakaran, rumah yang terletak di kebun kelapa tepi pantai itu hampir hangus.

  • oleh
  • Advertisement