Anda di sini

KPDNHEP rampas 20,028 DVD/CD dalam lima serbuan

Advertisement
PEGAWAI KPDNHEP dan Jabatan Imigresen semasa melakukan operasi pemeriksaan di salah sebuah premis di sini.
PEGAWAI KPDNHEP dan Jabatan Imigresen semasa melakukan operasi pemeriksaan di salah sebuah premis di sini.

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya merampas 20,028 keping DVD/CD cetak rompak dalam lima serbuan berasingan di sini.

Menurut kenyataan dikeluarkan kementerian itu menyatakan, lima premis sekitar ibu negeri diserbu dengan kerjasama Jabatan Imigresen pada Khamis.

Jurucakap KPDNHEP berkata, kira-kira 20,028 keping DVD dan CD dirampas daripada premis berkenaan berikutan gagal menunjukkan sebarang label sirim pada cakera padat yang dijual.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM112,836 dan dua pekerja asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri juga turut ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang tiruan bagi pertubuhan atau perbadanan manakala denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang tiruan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Operasi dijayakan seramai 30 pegawai KPDNHEP dan enam anggota Jabatan Imigresen.

  • oleh
  • Advertisement