Anda di sini

Dua lelaki ditahan disyaki bom ikan

Advertisement
DUA lelaki Palauh yang ditahan.
DUA lelaki Palauh yang ditahan.

LAHAD DATU: Dua lelaki Palauh ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu kerana menangkap 32 kilogram pelbagai jenis ikan, disyaki menggunakan bahan letupan di kawasan Laut Katung Kalungan pada Rabu.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah DCP Datuk Hazani Ghazali berkata kedua-dua lelaki itu berumur 17 dan 48 tahun telah diintip Unit Risik Marin dalam penugasan OP Landai pada jam 5 petang.

"Dengan pergerakan terancang menggunakan perahu kampung, sepasukan kecil anggota Unit Risik Marin telah membuat intipan terhadap aktiviti sebuah perahu dinaiki seorang juragan dan pembantu juragan.

ANTARA barangan yang dirampas.
ANTARA barangan yang dirampas.

"Hasil serbuan, pasukan menahan dan memeriksa perahu itu dan menjumpai lebih kurang 32 kilogram muatan ikan pelbagai jenis disyaki diperoleh menggunakan bahan letupan," katanya.

Turut dirampas pelbagai barangan untuk mengebom ikan termasuk batang shaft, kompresor, hos, sumbu peledak dan mancis.

Beliau berkata tahanan dan barang rampasan diserah kepada Jabatan Perikanan Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Sek 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985.

  • oleh
  • Advertisement