Anda di sini

Uggah sebak terkenang komitmen Tok Nan cari penyelesaian PMPG

Advertisement
 

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (foto) sebak apabila terkenang niat Allahyarham Tok Nan ketika membentangkan bacaan kedua Rang Undang-undang Kanun Tanah (Pindaan), 2018 hari ini.

Uggah yang sebak beberapa minit berkata Pehin Sri Adenan Satem memilih penyelesaian politik bagi isu Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG) susulan kes mahkamah membabitkan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak dan Tr Sandah Tabau dan lain-lain.

"Walaupun terlantar sakit, Allahyarham Tok Nan mengingatkan kami agar menyelesaikan isu ini. 

"Ini menunjukkan komitmen tinggi beliau terhadap isu PMPG dan sokongannya bagi menyelesaikan ia menggunakan cara politik," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Uggah berkata mereka amat menghargai sokongan yang diberikan Tok Nan terhadap isu PMPG.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung penyelesaian kemelut tanah.

"Ketua Menteri mendengar suara rakyat dan memberi maklum balas positif dengan objektif untuk mencari penyelesaian kepada isu ini," ujarnya.

Rang Undang-undang tersebut akan dibahaskan dan dijangka diluluskan petang ini.

  • oleh
  • Advertisement