Anda di sini

MSS Sabah senarai 18 pemain lelaki dan perempuan ke MSSM

Advertisement

KOTA KINABALU: Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah menyenaraikan 18 pemain lelaki dan  perempuan ke Kejohanan Hoki  Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 12 tahun ke bawah 2018  di Perak pada 4-9 Ogos depan.

Pengerusi Teknik Hoki MSS Sabah, Jamat Jaafar berkata, pemain berkenaan dipilih menerusi
Kejohanan Hoki MSS Sabah 12 tahun ke bawah di padang hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu minggu lalu.

Kejohanan itu menyaksikan pasukan Pantai Barat Utara (Utara) muncul juara lelaki manakala Pedalaman juara perempuan.

Jamat berkata, pemain terpilih tersebut akan dipanggil menjalani latihan pusat di Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Sabah  bermula 27 Julai sebelum ke Perak.

Pemain lelaki terdiri daripada Mohamad Azuan Zefanya, Mohd Danieal Syazrin, Mohammad Shah Yuzairief (Selatan), Mohd Hafiz Rudy Iskandar, Mohd Fadli Anchu, Mohd Haikal Misbah, Mohd Shareyzal Abd Malik (Tenggara), Muhammad Harry Wilta, Stan Ivan Silverinus, Mohammad Salahuddin Abdullah, Mohd Nur Syafiq Abdullah (Pedalaman), Noor Rahmat Saliwangi, Eddy Mazlan Yusuf (Sandakan), Muhammad Iskandar Hamsa (Barat), Muhammad Izhan Afzaan Junaidi, Muhammad Rafiq Muhamad Raze, Muhammad Daniel Asri dan Airul Izani Rafizan (Utara).

Pemain perrempuan pula terdiri daripada Tecla Gee Majuwil, Elvie Lookin, Sholictika Wanna Suli (Barat), Zefanya Tinus, Elyna Joanes, Ajurah Kauran, Preatty Aqueen Patrick, Helerency Nelvy Peter, Ellyfivia Arizan (Pedalaman), Nur Syazlina Usman (Selatan), Nelly Ann Rayner, Myxandra D Angel Mashrinu, Chrisne Jairin, Anna Eliana Malois, Azmawati Aziah Ahmad, Qamarun Nafisah Md Taip (Utara), Nurshahirah Abdurus dan Nur Rabiatul Adawiyyah Abdullah (Tenggara).

Empat pemain perempuan lagi diletakkan dalam senarai perhatian iaitu Ellycia Vaelrina Antonis, Duiana Syafika Lorin (Utara), Khairunnisa Izani Amkin (Selatan) dan Nur Alya Maisarah Daus (Sandakan).

Pasukan lelaki akan diletakkan di bawah bimbingan jurulatih Utara, Tonny Kansulan manakala jurulatih Pedalaman, Mohd Ridzuan untuk pasukan perempuan.

  • oleh
  • Advertisement