Anda di sini

Kejayaan dalam sukan dan pelajaran boleh dicapai serentak

Advertisement
FRANKIE (tengah) bersama Steven (tiga dari kanan), Pancratius (kiri) dan empat pemain golf junior.
FRANKIE (tengah) bersama Steven (tiga dari kanan), Pancratius (kiri) dan empat pemain golf junior.

KOTA KINABALU: Menteri Belia Dan Sukan, Frankie Poon mahu atlet negeri ini bijak membahagikan masa antara bersukan dan belajar bagi memastikan mereka berjaya kedua-duanya.

Frankie percaya dengan disiplin diri yang tinggi dalam semua perkara yang dilakukan, kejayaan dalam sukan dan pendidikan boleh dicapai dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata demikian semasa dikunjungi Pengarah Operasi Golf, Nexus Golf Resort Karambunai (NGRK), Steven Cheah dan pemain Program Pembangunan Golf Junior di pejabatnya di Wisma Muis hari ini.

Turut bersama adalah jurulatih pemain 12 tahun ke bawah yang pengurus pasukan golf Sukan Malaysia (Sukma) Sabah, Ronnie Pancratius dan empat pemain program pembangunan.

Empat pemain junior pula terdiri daripada Yong Ker Ling, Valerie Langkap, Ikram Shah Zainuddin dan Nabila Allifudin.

Dalam kunjungan itu, Frankie telah diberi taklimat mengenai perkembangan program anak angkat pemain golf junior.

Frankie juga dihadiahkan kad Keahlian Kehormat NGRK oleh Steven.

  • oleh
  • Advertisement