Anda di sini

DBKK teruskan sokongan acara Larian Amal 7K

Advertisement
YEO (tengah) bersama Rick (dua kanan) menunjukkan baju Larian Amal 7K selepas kunjungan hormat itu.
YEO (tengah) bersama Rick (dua kanan) menunjukkan baju Larian Amal 7K selepas kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai bakal melepaskan larian kedua acara Larian Amal 7K tahun ini.

Acara tahunan kali ke-18 itu bakal diadakan pada 28 Julai 2018 bermula jam 5.17 petang.

Pengurus Besar Sutera Harbour Golf & Country Club Rick Blackie baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat kepada Yeo bagi memaklumkan perkara itu.

Pihaknya sentiasa menerima sokongan kuat daripada DBKK dalam memastikan penganjuran acara amal itu berjaya dilaksanakan.

Beliau turut memaklumkan Yeo tentang beberapa kumpulan baharu yang mendaftar bagi acara itu.

Ia termasuklah Harrisons Sabah Sdn Bhd, Suria Sabah, Ikhlas Perunding, Axtrada (Malaysia) Sdn Bhd, Hospital Queen Elizabeth (HQE), KFC, West Coast Taxi Association, dan Borneo Housing Mortgage Finance Berhad.

Pendaftaran Larian Amal 7K masih dibuka di lobi Sutera Harbour Marina & Country Club- daily bermula jam 8 pagi hingga 8.30 malam atau memuat turun borang pendaftaran melalui laman web www.suteraharbour.com/7k-charity-run.

Advertisement