Anda di sini

Sukma Sabah B juara lelaki Sepaktakraw Remaja Sabah 2018

Advertisement
EBAHAGIAN daripada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian bergambar bersama Karim dan jawatankuasa penganjur serta pegawai-pegawai kejohanan.
EBAHAGIAN daripada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian bergambar bersama Karim dan jawatankuasa penganjur serta pegawai-pegawai kejohanan.

KOTA KINABALU: Pasukan Sukan Malaysia (Sukma) Sabah B muncul juara lelaki manakala Nabawan A juara wanita Kejohanan Sepaktakraw Remaja Sabah 2018 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Luyang pada 7-8 Julai.

Pasukan Sukma Sabah B melakukan kejutan apabila bangkit dari kekalahan set pertama dengan memenangi dua set berikutnya untk mengecewakan Sukma  Sabah A pada perlawanan akhir.

Kalah set pertama 18-21, Sukma Sabah B bangkit memenangi set kedua 25-24 untuk membawa pertarungan ke penentuan yang menyaksikan mereka keluar sebagai juara dengan kemenangan 15-7.

Pasukan Sukma Sabah B dianggotai Raziq Awang (tekong), Safirul Kasbah (killer) dan Sidik Hasran (feeder) serta Mohd Eqwan Irwan (pemain simpanan) manakala Sukma Sabah A dibarisi Muhd Azahar Paas (feeder), Redzashahrizal Martin (killer), Mohd Iqmal Mohd Salleh dan Sarip Shahari (simpanan).

Pada pusingan separuh akhir, Sukma Sabah B mengalahkan Keningau B 21-19, 21-15 manakala Sukma Sabah A mengalahkan RTC A 17-21, 21-8, 21-15.

Nabawan A pula tidak menghadapi masalah besar merangkul gelaran juara wanita apabila regunya yang dibarisi Elvey Mathius (tekong), Zakirah Simpir (feeder), Dellwanie Aming (killer) dan Alveani Awang (simpanan) menang mudah 21-13, 21-10 ke atas Kudat pada final.

PENGURUS pasukan juara wanita Nabawan A, Awang Agindok bersama pemainnya menerima hadiah daripada Karim (empat dari kiri).
PENGURUS pasukan juara wanita Nabawan A, Awang Agindok bersama pemainnya menerima hadiah daripada Karim (empat dari kiri).

Kudat dianggotai Nurnazirah Khamis (tekong), Kamariah Kambang (killer), Nurumirah Maan (feeder) dan Nurafidah Mohamad (simpanan).

Pada separuh akhir Nabawan A mengalahkan Nabawan B 14-21, 21-12, 21-12 manakala Kudat mengalahkan Wilayah Persekutuan Labuan B, 16-21, 21-18, 21-19.

Kedua-dua kategori itu menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 untuk juara, kedua RM1,300 dan pemenang bersama tempat ketiga masing-masing menerima RM700.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Sabah (Astaka), Karim Rahim yang juga pengerusi penganjur kejohanan itu.

Karim berkata, Astaka akan cuba menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan sebagai medan mencungkil bakat baharu dan memantau prestasi pelatih pasukan remaja Sabah termasuk skuad Sukma.

Kejohanan itu disertai 16 pasukan lelaki dan lima wanita.

JUARA, pasukan lelaki Sukma Sabah B menerima hadiah yang disampaikan Karim (tiga dari kiri).
JUARA, pasukan lelaki Sukma Sabah B menerima hadiah yang disampaikan Karim (tiga dari kiri).
  • oleh
  • Advertisement