Anda di sini

Langkah awal perlu untuk atasi isu seludup migran

Advertisement
 

TAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau menggesa langkah pencegahan awal diambil dari negara itu untuk memastikan isu penyeludupan migran ke negara ini tidak terus berleluasa.

Malah, pihak berkuasa di Indonesia disaran meningkatkan lagi kerjasama dengan pihak berkuasa di negara ini, khususnya di Tawau untuk membanteras kegiatan terbabit.

Gesaan itu dibuat berikutan kegiatan kumpulan sindiket penyeludupan migran yang dipercayai lebih agresif dalam menjalankan modus operandi mendekati kumpulan sasar.

Ketua Perwakilan KRI Tawau Suslijo Djati Ismojo (gambar) percaya pihak berkuasa Indonesia perlu lebih agresif dalam usaha untuk menangani isu berkenaan daripada terus berlarutan.

“Kita berharap seluruh Warga Negara Indonesia (WNI) yang akan berangkat ke Malaysia tidak menggunakan jalur pintu masuk yang bukan rasmi,” katanya di sini hari ini.

Djati berkata demikian sebagai mengulas penyertaan wakil KRI Tawau ke majlis Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) di Kantor Imigasi Kelas II Nunukan, Kalimantan Utara (Kaltara).

  • oleh
  • Advertisement