Anda di sini

Dua rumah di Kg Sharif musnah terbakar

Advertisement
DARREN.
DARREN.

LAHAD DATU: Dua buah rumah tidak kekal di Kampung Sharif, dekat sini, musnah terbakar pada awal pagi Jumaat.

Bagaimanapun 13 penghuni di dua rumah berkenaan termasuk empat kanak-kanak dilaporkan selamat dan sempat menyelamatkan diri bersama dokumen masing-masing setelah menyedari kejadian itu.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu, Darenn John berkata panggilan kecemasan diterima jam 1.19 pagi dan sembilan anggota diketuai Julkifli Harry menggunakan dua jentera bergegas ke lokasi.

"Operasi pemadaman api menggunakan sumber air dari pili bomba yang terletak jauh dari lokasi kejadian.

"Bekalan air dari jentera bomba turut digunakan untuk memadam kebakaran," katanya.

Menurutnya, api berjaya dipadamkan jam 3.55 pagi dan operasi tamat jam 5.05 pagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

DUA buah rumah yang musnah terbakar.
DUA buah rumah yang musnah terbakar.
  • oleh
  • Advertisement