Anda di sini

Beri kerjasama pentadbiran baharu

Advertisement
JUHAR Norlidah merakamkan gambar kenangan bersama-sama Sukarti (kiri) dan Hairani (kanan) sejurus kunjungan hormat di Istana Negeri.
JUHAR Norlidah merakamkan gambar kenangan bersama-sama Sukarti (kiri) dan Hairani (kanan) sejurus kunjungan hormat di Istana Negeri.

KOTA KINABALU: Anggota perkhidmatan awam perlu memberi kerjasama kepada pentadbiran negeri yang baharu bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan awam sentiasa memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, kerjasama yang baik antara anggota perkhidmatan awam membolehkan urusan pentadbiran negeri dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

"Saya percaya kerjasama antara anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan di semua peringkat sama ada peringkat ketua jabatan, pengurusan dan kakitangan pelaksana apa jua tugasan akan mampu dilaksanakan dengan lebih cekap dan cemerlang jika ia dilaksanakan dengan semangat berpasukan," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Juhar Mahiruddin dan di Istana Negeri, hari ini

Kunjungan tersebut diadakan bagi memaklumkan Tun Juhar mengenai persaraan beliau selaku Setiausaha Kerajaan Negeri kelapan berkuatkuasa 8 Julai ini setelah menjawat jawatan tersebut selama 11 tahun.

Hadir sama, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M. Jasni dan Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah, Puan Sri Hairani Hussaini.-Penerangan.

Advertisement