Anda di sini

APMM dan APM laksana khidmat menyelamat agen kapal

Advertisement
ANGGOTA APMM dan APM memindahkan mangsa ke dalam kenderaan sebaik  tiba di Jeti TTS sebelum dihantar ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya.
ANGGOTA APMM dan APM memindahkan mangsa ke dalam kenderaan sebaik tiba di Jeti TTS sebelum dihantar ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya.

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang menghidap masalah kesihatan, di sini pada Khamis.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, Pusat Operasi (Pusop) Maritim Sabah menerima panggilan kecemasan daripada agen kapal MV SHASVADHAA 1.

Katanya, agen kapal terbabit memberitahu bahawa salah seorang anak kapal berumur 57 tahun warganegara India mengalami masalah kesihatan dan tidak boleh berjalan di lokasi sekitar 0.2 batu nautika dari Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.

"Bertindak daripada laporan, bot APMM iaitu Pengawal 38 digerakkan ke lokasi berkenaan bagi melakukan operasi menyelamat.

“Dalam operasi tersebut, Bot Pengawal 38 melakukan khidmat menyelamat dengan bantuan pasukan APM memberikan rawatan awal kepada mangsa,” katanya.

Beliau berkata, jam 1.55 petang kemudian aset APMM yang tiba di Jeti Taman-Taman Sabah (TTS) memindahkan mangsa ke dalam kenderaan APM sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Zubil turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada APM kerana terlibat dalam bantuan rawatan awal kepada mangsa.

Tambahnya lagi, orang ramai diseru agar menyalurkan sebarang aduan kecemasan di laut melalui talian 24 jam Pusop APMM Sabah di talian 088-270165 atau di talian kecemasan lain.

  • oleh
  • Advertisement