Anda di sini

Tindakan diambil jika salah guna logo Warisan di Esszone

Advertisement
ARIFIN.
ARIFIN.

KOTA KINABALU: Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap semua pemilik bot dan kapal nelayan yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang, termasuklah menyalahgunakan logo parti Warisan untuk mengelak daripada diperiksa oleh pasukan keselamatan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali berkata, sesiapapun akan dikenakan tindakan sewajarnya jika menyalahi peraturan ketika melalui perairan Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) demi menjaga keamanan di negeri ini.

"Bagaimanapun, setakat ini tidak terdapat pemilik bot atau kapal nelayan di kawasan Esszone yang dikenakan tindakan undang-undang memandangkan isu pengibaran logo ini hanya dakwaan semata-mata yang disebarkan di media sosial baru-baru ini.

"Esscom selaku entiti keselamatan yang bertanggungjawab terhadap ketenteraman awam di Esszone akan memberi perhatian sewajarnya kepada isu ini dan memastikan ia tidak berlaku," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pemilik bot dan kapal nelayan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bekerjasama dengan pasukan keselamatan demi kepentingan bersama.

  • oleh
  • Advertisement