Anda di sini

Penyertaan Larian Amal Kami Anak Malaysia dibuka

Advertisement
 Afzandy (empat kanan) bersama wakil SKF dan SAA serta ahli-ahli UGRS ketika mempromosikan Larian Amal Kami Anak Malaysia 2018.
LARIAN AMAL: Afzandy (empat kanan) bersama wakil SKF dan SAA serta ahli-ahli UGRS ketika mempromosikan Larian Amal Kami Anak Malaysia 2018.

SIBU: Penyertaan Larian Amal Kami Anak Malaysia 2018 anjuran Underground Runners Sibu (UGRS) pada 14 Oktober depan kini dibuka kepada semua berminat.

Pengerusi pengelola, Awangku Afzandy Awang Ali Baba berkata larian itu terbuka kepada semua peserta berumur dari tujuh tahun dan ke atas.

“Kita menyasarkan seramai 500 peserta menyertai larian sejauh empat kilometer ini,” katanya pada sidang media di sini.

Menurut Afzandy, yuran penyertaan ialah RM50 setiap peserta dan RM10 daripada yuran itu didermakan kepada Persatuan Autistik Sibu (SAA) dan Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF).

“Di samping mengumpul dana membantu SAA dan SKF, larian ini juga menyemai gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan kekeluargaan kalangan kaum,” jelasnya.

Larian bermula di Dataran Tuanku Haji Bujang Fasa II melalui Jalan Awang Ramli Amit, Bulatan Simpang Tiga sebelum kembali semula melalui Jalan Awang Ramli Amit serta tamat di Dataran Tuanku Haji Bujang Fasa II.

Timbalan Presiden UGRS itu berkata, sepuluh pemenang teratas bagi lelaki dan wanita akan menerima hadiah wang tunai.

“Semua peserta akan diberikan baju-T sementara peserta yang menamatkan larian juga menerima medal,” katanya.

Tarikh tutup penyertaan pada 14 September depan. Pendaftaran dan yuran penyertaan boleh dibuat di laman sesawang UGRS www.ugrs.com.my.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Azlan (016-8924271), Deana (019-4675988), Mus (013-5763320) dan Andy (016-8906486).

Sebelum itu, Afzandy mengadakan perjumpaan dengan wakil SKF dan SAA. Hadir sama Bendahari UGRS, Adzelina Johari.

Advertisement