Anda di sini

Pan Borneo laksana tujuh pakej tahun ini

Advertisement
PETER Anthony.
 

KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh pakej membabitkan jarak sejauh 151 kilometer (km) sudah pun dimulakan tahun ini bagi projek Lebuhraya Pan Borneo.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony (gambar) berkata, pakej-pakej berkenaan termasuklah Jalan Putatan-Inanam sejauh 10.9km, Inanam-Sepanggar (15.9km), Sepanggar-Bulatan Berungis (13.2km), Pituru-Rampayan Laut (30km), Kampung Melalia-Beaufort (31km), Bongawan-Papar (25km) dan Beaufort-Bongawan (25km).

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) juga mempunyai perancangan untuk menaik taraf tiga lokasi persimpangan di kawasan Ranau.

Beliau berkata, ia termasuklah Simpang Kiaburi KM1.1 Tambunan, Simpang Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Ranau KM0.2 Jalan Tambunan dan Bulatan di Pekan Ranau.

"Peruntukan yang diluluskan di bawah biayaan kerajaan negeri untuk projek ini adalah sebanyak RM150,000 bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas.

"Kita juga sudah memohon peruntukan untuk pembaikan jalan runtuh di Batu 12 Jalan Apas Tawau yang rosak akibat tanah runtuh pada tahun lepas.

"Buat masa ini, kerajaan negeri masih menunggu kelulusan daripada pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU)," katanya ketika membuat ucapan penggulungan.

Advertisement