Anda di sini

Kerajaan yakin mampu turunkan paras kemiskinan

Advertisement
MENTERI Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Adi Mokhtar berbincang sesuatu bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedict.
MENTERI Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar berbincang sesuatu bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedict.

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar yakin kepimpinan kerajaan negeri yang baharu mampu menurunkan kadar kemiskinan di Sabah ke paras 0.6 peratus.

Menterinya Ewon Benedick berkata, sasaran itu boleh dicapai menjelang bermulanya Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurutnya, ia juga seiring dengan usaha untuk memaju dan membangunkan negeri ini khususnya dalam pelaksanaan projek-projek yang berimpak tinggi dan utama.

"Pencapaian penurunan yang disasarkan ini tidak berlaku dengan sendirinya tanpa komitmen penuh dan tindakan bersepadu kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Ia membabitkan komitmen dalam perancangan, penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan serta penilaian program-program pembasmian kemiskinan dan kesejahteraan rakyat di Sabah," katanya dalam ucapan penggulungan.

Ewon berkata, pelbagai program pembasmian kemiskinan sama ada projek jangka pendek, sederhana atau jangka panjang akan terus dilaksanakan dan ditambahbaik.

Selain itu katanya, aktiviti pertanian, penternakan, akuakultur, mikro dan bersepadu, program peningkatan ekonomi setempat, program kampung sejahtera, program perumahan rakyat termiskin serta program dan projek yang menjurus kepada kesejahteraan luar bandar akan diberi keutamaan.

"Kementerian saya komited dalam memastikan golongan sasar khususnya yang tersenarai dalam e-Kasih di negeri ini.

"Ia bukan sahaja dapat menambah pendapatan tetapi juga menikmati kualiti hidup yang lebih baik," jelasnya.

Advertisement