Anda di sini

Kerajaan Persekutuan laksana dua kategori projek di Luyang

Advertisement

KOTA KINABALU: Terdapat  dua kategori projek dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Jimmy Wong.

Beliau berkata, pertama, projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK-11) di mana sehingga 3 Jun 2018, DUN Luyang telah diperuntukkan sebanyak RM284.3 juta dalam RMK-11 (Pelan Putaran Ke-3) oleh Kerajaan Persekutuan melibatkan sembilan projek.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Phoong Jin Zhe (DAP-Luyang) pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri  (DUN) Sabah, hari ini.

Jimmy berkata, antara projek berkenaan ialah membina tempat letak kereta bertingkat di Foh Sang dengan kos RM38 juta di bawah projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKTP). Status projek dalam peringkat pra-pelaksanaan.

Membina Pusat Pakar Pergigian Sabah dengan kos RM31.2 juta di bawah projek Kementerian Kesihatan Malaysia. Status projek dalam peringkat pra-pelaksanaan.

Membina satu blok bangunan pentadbiran dewan serbaguna dan auditorium di IPG Kampus Gaya Fasa 2 dengan kos RM86.7 juta di bawah projek Kementerian Pelajaran Malaysia. Status projek dalam peringkat pra-pelaksanaan.

Penggantian penuh SM Sains Sabah di Bukit Padang dengan kos RM74.2 juta di bawah projek Kementerian Pelajaran Malaysia. Status projek dalam peringkat pra-pelaksanaan.

Rancangan Tebatan Banjir Sungai Rampayan,  Lembangan Sungai Manggatal dengan kos RM36 juta di bawah projek Kementerian Sumber Asli. Status projek dalam peringkat pelaksanaan.

Kedua projek infrastruktur kecil di mana untuk tahun ini sehingga 8 Mei 2018, terdapat sebanyak 22 projek kecil infrastruktur daripada Kerajaan Persekutuan telah dilakasanakan di DUN Luyang melibatkan kos sebanyak RM2.6 juta.

Jimmay berkata, antara projek berkenaan ialah penyelenggaraan baik pulih jalan premix di Kampung Baru Luyang (RM50 ribu) dan menaiktaraf parit tanah kepada parit konkrit di Kampung Baru Luyang (RM100 ribu).

Membina gabion baharu di Kampung Kopungit (RM150 ribu), membina atap berbumbung untuk padang bola keranjang di Sekolah Seri Insan (RM500 ribu) serta membina penghadang jalan di sekitar kawasan luar Taman BDC Luyang (RM300 ribu).

  • oleh
  • Advertisement