Anda di sini

10 bahagian negeri berentap pada Kejohanan Hoki Sekolah Sarawak

Advertisement
 Dua pemain Sarikei mematahkan gerakan pemain Sibu dalam aksi bawah 12 tahun lelaki.
HALANG: Dua pemain Sarikei mematahkan gerakan pemain Sibu dalam aksi bawah 12 tahun lelaki.

KUCHING: Pasukan hoki dari 10 bahagian negeri berentap pada Kejohanan Hoki Sekolah Sarawak yang memulakan saingannya di Stadium Hoki Sarawak kelmarin.

Ia mempertandingkan dua kategori iaitu bawah 12 dan 18 tahun lelaki dan wanita (11 sebelah) dan melibatkan sejumlah 29 pasukan.

Dalam kategori bawah 12 tahun wanita, lima pasukan bersaing memburu kejuaraan iaitu Serian, Kuching, Mukah, Betong dan Bintulu.

Manakala Serian, Kuching, Mukah, Betong, Bintulu, Samarahan, Sibu dan Sarikei bersaing dalam kategori bawah 12 tahun lelaki.

Lapan pasukan turut berentap dalam perebutan bawah 18 lelaki dan wanita.

Juara bertahan, Kuching bakal dicabar pasukan Serian, Miri, Bintulu, Kapit, Sibu, Mukah dan Betong kategori bawah 18 tahun lelaki.

Kuching juga bersedia berdepan cabaran sengit dari Serian, Miri, Bintulu, Kapit, Sibu, Mukah dan Betong untuk mengekal mahkota kejuaraan dalam kategori bawah 18 tahun wanita.

“Ia rekod baharu dari jumlah penyertaan pasukan. Kita amat gembira dengan minat ditunjukkan pasukan terhadap kejohanan ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tenikal Pertandingan, R Kanagarajah.

Beliau bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Bahagian Serian menganjurkan kejohanan itu tahun ini.

Sementara itu, Kuching dibimbing Ali Rahman memulakan kempen bawah 18 tahun lelaki dengan langkah kanan selepas menewaskan Miri dengan 3-0 kelmarin.

Skuad bawah 18 tahun wanita Kuching di bawah kendalian Katherine Lambor turut cemerlang dengan membenam Miri 5-0.

Advertisement