Anda di sini

Setiap rumah atas air digalak miliki alat pemadam api

Advertisement
NORDIN menyerahkan sijil kepada Guru Tabika Perpaduan Sembulan Lama B Khusnah Kadis.
NORDIN menyerahkan sijil kepada Guru Tabika Perpaduan Sembulan Lama B Khusnah Kadis.

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah akan menubuhkan bomba sukarelawan dan menggalakkan setiap rumah akan memiliki alat pemadam api dalam kempen pemilikan alat terbabit di setiap rumah atas air.

Pengarah JBPM Sabah Nordin Pauzi berkata senario kebakaran di Sabah agak istimewa terutamanya perkampungan atas air dan perkara itulah yang perlu diambil perhatian oleh pihak jabatan.

"Pihak JBPM Negeri Sabah akan membuat satu rancangan pembinaan keperluan asas seperti jarak pembinaan antara rumah, laluan keselamatan dan kaedah operasi pemadaman.

"JBPM Negeri Sabah melakukan pelbagai usaha untuk melindungi dan mengurangkan kadar berlakunya kebakaran dan usaha ini perlu kerjasama daripada pelbagai pihak yang terbabit,” katanya.

Katanya, tindakan itu perlu diambil berikutan kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Gas Sandakan pada 27 Jun lalu, yang memusnahkan ratusan rumah penduduk dan lebih 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal di perkampungan atas air.

Katanya, JBPM Sabah juga akan menganjurkan satu program ilmu bagi mencegah dan mengelak kebakaran termasuklah konvensyen Kelab 3K yang bertujuan memberi gambaran awal betapa pentingnya keselamatan kebakaran.

  • oleh
  • Advertisement