Anda di sini

Gua WWII di Kg Kopungit berpotensi jadi tarikan pelancong

Advertisement
DUA Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Dr Jaujan Sambakung bersama Christina Lew (kiri) membincangkan sesuatu sebelum Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bermula di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.-Bernama.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata, seramai 1,225 penduduk tinggal di kawasan rizab Kampung Kopungit, melibatkan sebanyak 242 rumah.

Sementara itu, 720 orang melibatkan 165 rumah tinggal di luar rizab kampung berkenaan.

"85 peratus penduduk terdiri daripada kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus, manakala 15 peratus lagi kaum lain (Cina, Bugis dan Bajau)," katanya menjawab soalan Phoong Jin Zhe (DAP-Luyang).

Christina, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, terdapat sebuah gua dipercayai dibina semasa Perang Dunia Kedua (WWII) terletak dalam tanah bergeran (geran draf 017553669 atas nama MILGH Sdn Bhd) beroperasi sebagai tarikan pelancong di kawasan itu.

Katanya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama beberapa agensi kerajaan termasuk Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah melawat gua itu tetapi setakat ini Jabatan Tanah dan Ukur belum menerima permohonan daripada mana-mana pihak untuk tujuan tanaman hutan atau tapak eko pelancongan," katanya.
 
  • oleh
  • Advertisement