Anda di sini

47 premis diperiksa disahkan tidak jual sardin bercacing

Advertisement
JENAMA ikan sardin dalam tin yang ditarik balik.
JENAMA ikan sardin dalam tin yang ditarik balik.

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini mendapati 47 premis pasaraya dan pasar mini tidak menjual produk ikan sardin dalam tin yang mengandungi cacing.

Ketua Cawangan KPDNHEP Sandakan Abdul Muis Samsudin berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan terhadap 47 premis pasaraya dan pasar mini di sini bagi mengesan penjualan jenama produk ikan sardin dalam tin bercacing.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada premis yang menjual produk ikan sardin dalam tin kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Produk ikan sardin dalam tin yang dilarang penjualannya oleh kerajaan adalah dari jenama baharu di pasaran dan merupakan keluaran negara China,” katanya.

Abdul Muis berkata pihaknya telah mengeluarkan surat peringatan kepada premis-premis terbabit agar mematuhi arahan tidak menjual ikan sardin dalam tin yang dilarang penjualannya kepada pengguna selepas dikesan bercacing.

Beliau meminta agar pengguna tidak perlu bimbang berhubung perkara itu kerana pihaknya akan sentiasa membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

PEGAWAI KPDNHEP memeriksa premis di Sandakan.
PEGAWAI KPDNHEP memeriksa premis di Sandakan.

“Pengguna yang mendapati terdapat premis menjual produk ikan sardin dalam tin yang dilarang penjualannya boleh membuat aduan melalui sistem eaduan2 atau menghubungi terus pejabat KPDNHEP Sandakan di talian 089-668107,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia menarik balik enam jenama produk ikan sardin dalam tin di pasaran kerana disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

  • oleh
  • Advertisement