Anda di sini

Pejalan kaki maut dilanggar lari

Advertisement
SAIDIN LINDIN
SAIDIN LINDIN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki pejalan kaki maut selepas dilanggar lari sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Kilang A Kolombong di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Chandra berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 11.58 malam pada Sabtu.

Menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Saidin Lindin, 54, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) kira-kira jam 9 pagi pada Ahad.

"Saksi kejadian mendapati mangsa terbaring di tengah jalan selepas terdengar bunyi dentuman di kawasan berkenaan.

"Suspek bagaimanapun segera melarikan  diri sebaik saksi menghampiri lokasi kejadian.

KAWASAN jalan tempat mangsa dilanggar lari.
KAWASAN jalan tempat mangsa dilanggar lari.

"Saksi kemudiannya meletakkan kon berhampiran mangsa bagi mengelak mangsa dilanggar kenderaan lain," katanya mengesahkan kejadian di sini pada hari ini.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis trafik berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp. Ngang Ak Kalimpot di talian 017-8083272 bagi membantu siasatan.

  • oleh
  • Advertisement