Anda di sini

Lelaki cuba bunuh diri tertekan ditinggalkan isteri

Advertisement
LELAKI warga asing yang cuba membunuh diri kini dalam keadaan stabil.
LELAKI warga asing yang cuba membunuh diri kini dalam keadaan stabil.

KOTA KINABALU: Tertekan akibat ditinggalkan isteri lebih setahun, seorang warga asing nekad mengelar lehernya untuk membunuh diri.

Suspek yang berumur dalam lingkungan 30 tahun itu cuba membunuh diri dalam majlis kenduri kahwin anak perempuan rakannya di Batu 7 Inanam di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, sebelum kejadian, suspek baru sehari berada di Kota Kinabalu.

Menurutnya, semasa kejadian beberapa orang saksi melihat suspek dalam keadaan berlumuran darah akibat cedera di bahagian leher.

"Saksi kejadian juga tidak tahu punca sebenar suspek bertindak sedemikian memandangkan mereka tidak mengenali suspek.

"Suspek kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menerima rawatan kecemasan.

"Siasatan lanjut mendapati suspek mengalami tekanan hidup kerana ditinggalkan isterinya kira-kira setahun yang lepas," katanya di sini hari ini.

SENJATA tajam yang dipercayai digunakan suspek untuk mengelar lehernya sendiri.
SENJATA tajam yang dipercayai digunakan suspek untuk mengelar lehernya sendiri.

Beliau berkata, suspek yang kini dalam keadaan stabil turut didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan ditahan reman sejak 1 Julai lepas.

Pihaknya menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh diri dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

  • oleh
  • Advertisement