Anda di sini

Remy Juara Antara Juara baharu Mr Sabah

Advertisement
REMY menerima piala Juara Antara Juara yang disampaikan Mas Syazwan.
REMY menerima piala Juara Antara Juara yang disampaikan Mas Syazwan.

KOTA KINABALU: Remy Rahim Bungkal muncul juara baharu gelaran Juara Antara Juara Kejohanan Fizikal dan Bina Badan Mr. Sabah 2018 yang berlangsung di Hotel Pan Borneo, Putatan dekat sini, pada Sabtu.

Peserta dari Sandakan itu mengalahkan tujuh pesaing termasuk dua bekas penyandang gelaran utama kejohanan berkenaan, Henro Lee dan Riano Engah.

Sebagai rekod, juara tahun lalu, Mohd Riduan Kassim tidak mengambil bahagian pada kejohanan anjuran Persatuan Bina Badan Sabah (SBBA) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) itu kali ini.

Pertarungan Juara Antara Juara itu melibatkan juara setiap kategori yang dipertandingkan dan Remy adalah juara kategori Middleweight dengan turut membuat kejutan mengalah juara bertahan, Christie ML Cletus dari Justine Sompong Gym.

Kategori Fizikal Wanita dijuarai Shelen Aderina Kok manakala kategori Fizikal Lelaki 170cm ke bawah dijuarai Mixlee Ricko dan 170m ke atas dijuarai Reynold Kok.

SBBA menjadikan kejohanan itu sebaai medan memilih atlet mewakili Sabah ke Kejohanan Mr Malaysia 2018 yang akan diadakan di Melaka pada 17-19 Ogos.

SBBA dijangka akan memuktamadkan senarai akhir atlet itu pada akhir bulan ini.

Kejohanan Fizikal dan Mr Sabah itu turut disaksikan Pengarah MSNS, Terrance Pudin yan mewakili Menteri Belia Dan Sukan, Frankie Poon. Turut bersama adalah presiden SBBA, Joannes Staneslous.

REMY (tengah) bersama pesaing lain gelaran Juara Antara Juara dan presiden SBBA, Joannes serta pengurus Gen Y Centre, UTC Sabah, Mas Syazwan Masood semasa majlis penyampaian hadiah.
REMY (tengah) bersama pesaing lain gelaran Juara Antara Juara dan presiden SBBA, Joannes serta pengurus Gen Y Centre, UTC Sabah, Mas Syazwan Masood semasa majlis penyampaian hadiah.
  • oleh
  • Advertisement