Anda di sini

Junz arah hentikan kegiatan pengorekan pasir di Keningau

Advertisement
JUNZ WONG
JUNZ WONG

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong mengarahkan supaya kegiatan perlombongan dan pengorekan pasir di Keningau dapat dihentikan serta merta.

Katanya, sama ada pihak berkenaan memiliki lesen TOL atau Jadual B yang dikeluarkan oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah (ACLR), semua kerja terbabit perlu dihentikan segera.

"Saya akan mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur untuk menyelaraskan dan menjalankan pemeriksaan agar pengusaha ini tidak akan meneruskan aktiviti mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Junz berkata, sekiranya perintah larangan itu tidak dihiraukan, pihak yang terlibat berisiko kehilangan lesen dalam melaksanakan kegiatan berkenaan.


Selain itu katanya, kementeriannya menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menjalankan kajian kesan alam sekitar di Sungai Keningau akibat kegiatan perlombongan pasir yang bermaharajalela selama 20 tahun lalu.

"Pengorekan pasir serta perlombongan batu menyebabkan hakisan dan pemendapan tebing sungai.

"Kegiatan ini juga boleh memusnahkan habitat sungai dan mengganggu ekosistem akuatik," katanya.

Justeru, beliau menggesa orang ramai untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya kegiatan pengorekan pasir dan batu kerikil masih dijalankan agar habitat sungai terus terpelihara.

  • oleh
  • Advertisement