Anda di sini

Letusan Agung jejas lapangan terbang Bali

Advertisement
 Gunung Agung meletus, seperti dilihat dari Kubu, Keregenan Karangasem di Bali, Indonesia semalam. — Gambar Reuters
MELETUS: Gunung Agung meletus, seperti dilihat dari Kubu, Keregenan Karangasem di Bali, Indonesia semalam. — Gambar Reuters

DENPASAR: Ribuan pelancong terkandas semalam ketika Bali menutup lapangan terbang antarabangsanya selepas letusan gunung berapi di pusat peranginan Indonesia yang memuntahkan kepulan debu dan asap tebal beberapa ribu meter ke udara, kata pihak berkuasa.

Penutupan lapangan terbang Ngurah Rai pada awal pagi mendorong pembatalan hampir 280 penerbangan pergi dan balik dari syurga tropika dengan kira-kira 15,700 penumpang terjejas, menurut jumlah yang dinyatakan oleh seorang jurucakap lapangan terbang.

Jumlah awal diberikan adalah hampir 450  penerbangan dibatalkan dan 75,000 pelancong terjejas. Jurucakap tidak memberi sebarang sebab bagi penilaian dramatik itu.

Kilauan merah jingga yang terang dapat dilihat di atas kawah Gunung Agung selepas ia memuntahkan asap dan debu setinggi kira-kira 2,000 meter ke langit pada petang kelmarin.

Lapangan terbang ditutup pada awal semalam selepas seorang juruterbang yang terbang di atasnya mengesan kesan debu gunung berapi setinggi 23,000 kaki.

Debu adalah berbahaya kepada pesawat kerana ia boleh menyebabkan laluan licin dan boleh disedut ke dalam bahagian enjinnya.

Pintu masuk utama antarabangsa di Bali akan ditutup sehingga sekurang-kurangnya petang semalam, menurut pihak berkuasa, yang menambah bahawa dua lapangan terbang domestik lain turut ditutup.

Aktiviti baharu itu meng-ancam untuk menimbulkan kacau-bilau dalam perjalanan selepas letusan Agung pada November menyebabkan ribuan orang terkandas dan menjejaskan industri pelancongan mewah di Bali serta ekonomi yang lebih meluas.

Berpuluh ribu penduduk tempatan sudah melarikan diri ke pusat pemindahan selepas letusan pada tahun lepas.

Gunung berapi itu adalah kira-kira 75 kilometer dari hab pelancongan Bali di Kuta.

Pelancong Australia Rod Bird datang awal ke lapangan terbang hanya untuk dimaklumkan bahawa penerbangan beliau pulang ke Perth di- batalkan buat kali kedua.

Satu penerbangan awal dengan AirAsia dibatalkan sebelum lapangan terbang ditutup pada awal pagi semalam.

“Mereka hanya memberitahu kami gunung berapi akan reda maka mereka me-nempah semula penerbangan kami pada pagi ini dan kami sudah berada di sini sejak jam 5 pagi waktu tempatan hanya untuk ditolak sekali lagi. Maka kami mempunyai dua penerbangan yang dibatal-kan,” Bird memberitahu AFP.

“Baiklah, ia adalah Bali, perkara sebegini berlaku dan kami dapat menerima ia dengan baik. Kami hanya rindukan anak-anak kami,” tambah beliau.

Ribuan orang terkandas di lapangan terbang atau hotel kawasan semalam, namun ia masih belum lagi diketahui berapa ramai pelancong yang tidak dapat meninggalkan pulau tersebut.

Di sebalik letusan itu, status Agung kekal dalam keadaan berjaga-jaga, amaran bahaya kedua tertinggi.

Terdapat satu zon lara-ngan seluas empat kilometer di sekitar puncak gunung Agung.

Gabenor Bali menyata-kan pihak berkuasa sedang berusaha bagi membolehkan pelancong meneruskan perjalanan mereka.

“Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk men-dapatkan satu solusi supaya semua pelancong boleh meneruskan perjalanan mereka,” kata Made Mang-ku Pastika.

Agung meletus beberapa kali sejak ia hidup semula pada tahun lepas.

Letusan kuat terakhirnya pada 1963 membunuh kira-kira 1,600 orang. — AFP

Advertisement