Anda di sini

Itu hanya video lama: Sumber

Advertisement
SEKUMPULAN pelancong asing yang dilihat menari di luar perkarangan MBR.
SEKUMPULAN pelancong asing yang dilihat menari di luar perkarangan MBR.

KOTA KINABALU: Video berdurasi 10 saat yang menunjukkan sekumpulan pelancong asing menari di luar Masjid Bandaraya (MBR) di sini dipercayai video lama.

Wakil Jawatankuasa MBR semasa dihubungi berkenaan video yang sudah tular sejak Jumaat lalu berkata video terbabit dipercayai diambil sebelum tersebarnya video dua pelancong Jun lalu.

“Khabar angin mengatakan ianya adalah video lama dan diviralkan selepas berlakunya insiden oleh dua pelancong warga China pada 27 Jun.

“Kejadian juga tidak disedari mana-mana pihak berikutan ianya hanya dirakam dalam kalangan pelancong itu sendiri dan tidak dirakam oleh orang awam dan ditularkan sepertimana kejadian sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, perkara ini akan diteliti lanjut oleh pihak MBR dan tindakan seterusnya akan dimaklumkan selepas ini.

Terdahulu dua pelancong warga asing berumur 25 dan 37 tahun yang juga guru tarian didenda sebanyak RM25 oleh Mahkamah Kota Kinabalu selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah.

  • oleh
  • Advertisement