Anda di sini

Warisan, PKR, DAP jalin kerjasama laksana agenda `Labuan Ubah’

Advertisement
HALIM, Jeremy dan Simsudin bersama para pemimpin Warisan, PKR dan DAP Labuan.
HALIM, Jeremy dan Simsudin bersama para pemimpin Warisan, PKR dan DAP Labuan.

LABUAN: Majlis Makan Malam Hari Raya berjaya mengeratkan lagi hubungan para pemimpin Warisan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP Labuan untuk menjalin kerjasama yang lebih akrab untuk menyempurnakan agenda ‘Labuan Ubah’.

Pengerusi Penaja DAP Labuan, Jeremy Wong berharap majlis muhibah itu dapat membuka jalan untuk ketiga-ketiga parti pemerintah itu bekerjasama ke arah satu tujuan untuk memulihkan keadaan ekonomi pulau ini yang terbiar di penghujung pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Terima kasih rakan-rakan parti Warisan dan PKR yang hadir menjayakan majlis anjuran kami,” kata Jeremy yang juga pengerusi penaja cawangan DAP Victoria Utara.

Jamuan yang dihadiri hampir 100 orang itu diadakan di sebuah restoran di bandar ini pada Khamis malam.

Hadir sama Noor Halim Datuk Haji Zaini yang merupakan calon Warisan Labuan PRU14, Teo Chee Wang ketua penaja cawangan DAP Sungai Keling, Yap Wee Chyuan ketua penaja cawangan Kinabenuwa,

Ketua Cabang PKR Labuan, Simsudin Sidek beserta para pemimpin kanan Warisan, PKR dan DAP Labuan.

Majlis itu dianjurkan bersama oleh tiga cawangan penaja DAP berkenaan untuk meraikan rakan-rakan Warisan dan parti-parti dalam Pakatan Harapan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pada majlis itu Noor Halim, Jeremy dan Simsudin sempat mengadakan perbincangan untuk merangka beberapa program bersama yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

  • oleh
  • Advertisement