Anda di sini

Perokok terdedah penyakit kronik dan serangan jantung

Advertisement

KOTA KINABALU: Individu yang terus mengamalkan tabiat merokok sudah pasti terdedah kepada pelbagai penyakit kronik yang serius terutamanya serangan penyakit jantung.

Timbalan Pengarah Klinikal II, Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Irene Chau berkata, perokok bukan sahaja terdedah dengan pelbagai penyakit kronik malah sentiasa terdedah dengan risiko serangan penyakit jantung yang serius dan boleh mendatangkan maut.

DR. IRENE CHAU
DR. IRENE CHAU

Menurut Irene, berpandukan data kajian ekonomi kesihatan, anggaran kos rawatan bagi tiga jenis penyakit akibat tembakau iaitu sakit jantung, kanser paru-paru dan kerosakan paru-paru kronik adalah mencecah lebih RM3 bilion setahun.

Kesan kepada kejadian penyakit ini kerajaan terpaksa menanggung kos rawatan yang terus melambung tinggi setiap tahun, membawa kerugian dan pembaziran, menjejaskan produktiviti dan hilang keupayaan bekerja selain kematian mengejut atau pramatang kalangan para perokok.

Irene berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Minggu Tanpa Tembakau Peringkat HQE bertempat di Auditorium, Menara Berkembar HQE hari ini.

Tambahnya, merokok dalam apa jua bentuk bukan sahaja memudaratkan kesihatan diri sebaliknya masalah akibat tembakau telah menjadi isu kesihatan awam sekaligus mengugat kesejahteraan masyarakat sekeliling.

"Program Sambutan Minggu Tanpa Tembakau yang disambut setiap tahun bukan sekadar program menggalak perokok berhenti merokok semata-mata, sebaliknya bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan awal kepada orang ramai terutama generasi muda agar mengekalkan status tidak merokok dan menjauhi diri daripada sebarang pengaruh tembakau terutama rokok," jelasnya.

PARA pelajar juga didedahkan dengan pameran pelbagai jenis najis dadah melalui kaunter pameran AADK.
PARA pelajar juga didedahkan dengan pameran pelbagai jenis najis dadah melalui kaunter pameran AADK.
Advertisement