Anda di sini

'Penganjur' pertaruhan bookie Bola Sepak Dunia dicekup

Advertisement
BEBERAPA keping kertas tercatit nombor pertaruhan bola sepak dan wang tunai yang dirampas daripada suspek.
BEBERAPA keping kertas tercatit nombor pertaruhan bola sepak dan wang tunai yang dirampas daripada suspek.

SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan dicekup kerana disyaki menjadi penganjur dalam kegiatan pertaruhan bookie Bola Sepak Dunia 2018, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, suspek berumur 62 tahun ditahan di sebuah premis, Batu 2 1/2 semasa serbuan Ops Soga - Judi Online oleh pasukan polis dari Cawangan D7, IPD Sandakan.

Beliau berkata, semasa serbuan kira-kira jam 7 malam dan pemeriksaan terhadap suspek, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit, beberapa keping kertas kecil tercatit pertaruhan bola sepak dan wang tunai RM1,750.

"Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Balai Bandar Sandakan untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953.

Dalam pada itu, Azhar mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang tampil menyalurkan maklumat-maklumat penting seperti ini agar kegiatan jenayah dan perjudian di daerah Sandakan ini dapat dibendung.

  • oleh
  • Advertisement