Anda di sini

Isu pemilikan tanah: Rakyat diseru tidak terpedaya manipulasi licik

Advertisement
MOHAMMADIN ketika ditemui di pejabatnya.
MOHAMMADIN ketika ditemui di pejabatnya.

LAHAD DATU: Ketua Bahagian Warisan Sabah (Warisan) Silam, Datuk Mohammadin Ketapi menasihatkan rakyat berhati-hati dengan taktik licik yang cuba memanipulasikan perjuangan parti dengan isu pemilikan tanah di sini.

Menurut Mohammadin, beliau menerima banyak aduan melalui panggilan telefon dan pesanan ringkas yang bertanyakan tawaran pemilikan tanah di satu kawasan di Tungku.

"Saya menyeru orang ramai jangan percaya pada khabar itu kerana sekiranya pembahagian tanah kepada rakyat yang memerlukan dilaksanakan, ianya sudah pasti melalui pentadbiran Bahagian Silam dan bukanlah melalui individu-individu dan lain-lain," katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Silam menegaskan Warisan dan pemimpin-pemimpinnya di sini tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan mengenai pembahagian tanah setakat ini.

Katanya, perjuangan Warisan sememangnya mahukan rakyat tempatan mendapat hak pemilikan tanah sejajar dengan manifesto parti, namun jika ianya dilaksanakan sudah pasti dikendalikan dengan teratur dan bukannya melalui prosedur yang tidak jelas.

Prosedur yang tidak jelas yang dimaksudkannya termasuklah seperti aduan-aduan yang diterimanya yang memberitahu pengagihan borang dan isi kandungan borang yang seakan-akan mahu mengaut untung poket sendiri selain mengaitkannya dengan suku kaum tertentu.

Ditanya mengenai keterlibatan individu-individu dalam isu tersebut didalangi ahli parti, beliau berkata beliau masih menunggu laporan dan jika benar, beliau tidak teragak-agak menggunakan pendekatan undang-undang.

  • oleh
  • Advertisement