Anda di sini

Indonesia sambut baik langkah buka semula barter-trade

Advertisement

TAWAU: Kerajaan Republik Indonesia menyambut baik hasrat Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuka semula perdagangan barter-trade yang sudah dihentikan semenjak 2016.

Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau Sulistijo Djati Ismojo berkata, perkhabaran itu sudah disampaikan pihaknya kepada kerajaan mereka di Jakarta.

DJATI
DJATI

“Kami berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana membuat keputusan yang kita percaya akan meningkatkan lagi hubungan ekonomi perdagangan Malaysia-Indonesia.

“Tentunya kami di pihak Indonesia sangat mendukung dan menyokong keputusan ini,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka KRI Tawau, di sini pada Khamis.

Djati optimis keputusan itu akan memberikan manfaat kepada semua wilayah di sempadan khususnya Tawau (Sabah) serta Nunukan dan Tarakan (Kalimantan Utara).

Menurutnya, hubungan perdagangan barter-trade antara kedua-dua negara sudah lama berlangsung sebelum ditutup pada 2016 (kerana faktor keselamatan dan kes penculikan).

“Sepanjang pengamatan saya (selama hubungan perdagangan barter-trade dihentikan), nilai perdagangan antara wilayah di sempadan mengalami penurunan,” katanya.

WARTAWAN yang hadir turut diraikan Djati (tengah) sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri KRI Tawau.
WARTAWAN yang hadir turut diraikan Djati (tengah) sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri KRI Tawau.

Mengulas lanjut, beliau turut optimis dengan Forum Sosial Ekonomi Malaysia-Indonesia (Sosek Malindo) serta Kawasan Pembangunan Asean Timur (BIMP-EAGA).

“Saya kira kedua-dua forum sudah ada hasilnya, tetapi yakin pada masa akan datang Sosek-Malindo dan BIMP-EAGA akan memainkan peranan lebih penting,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement