Anda di sini

Ketua tentera Myanmar bersalah atas ‘jenayah terhadap kemanusiaan’: Amnesty

Advertisement
 Guru agama Islam Mohammed Younus                  pada 20 Mei lalu menunjukkan video di dalam telefon bimbitnya                            yang menurutnya adalah mayat penduduk Rohingya yang dibunuh oleh tentera kerajaan di Kyauk Pan Du, Myanmar pada 28 Ogos, 2017. — Gambar Reuters
BUKTI KEKEJAMAN: Guru agama Islam Mohammed Younus pada 20 Mei lalu menunjukkan video di dalam telefon bimbitnya yang menurutnya adalah mayat penduduk Rohingya yang dibunuh oleh tentera kerajaan di Kyauk Pan Du, Myanmar pada 28 Ogos, 2017. — Gambar Reuters

NEW YORK: Ketua tentera Myanmar dan beberapa pegawai tinggi lain dituduh oleh Amnesty International atas jenayah terhadap kemanusiaan kerana menyelia serangan “sistematik” terhadap penduduk Islam Rohingya, menurut satu laporan oleh kumpulan hak asasi semalam meminta untuk pendakwa-an di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Lebih 700,000 penduduk Islam Rohingya terpaksa meninggalkan wilayah Rakhine selepas serangan ketenteraan yang  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dakwa bersamaan de-ngan “pembersihan etnik”.

Tentera Myanmar telah menafikan ia menyasar golongan minoriti tanpa negara itu dan menyatakan ia hanya mahu mempertahankan diri daripada  militan Islam yang menyerang pos polis pada Ogos 2017.

Namun satu laporan baharu daripada Amnesty menyatakan panglima besar tentera Min Aung Hlaing dan 12 pegawai kanan serta pegawai keselamatan telah menyelia kempen keganasan yang berterusan di wilayah terpencil di mana Rohingya dipinggirkan secara bersejarah.

“Pembersihan etnik terhadap populasi Rohingya telah dicapai melalui kempen berterusan dan sistematik di mana pasukan keselamatan Myanmar membunuh ribuan penduduk Rohingya, termasuk kanak-kanak kecil,” menurut laporan.

Ia turut menuduh pasukan keselamatan terbabit keganasan seksual, penyeksaan, penghalauan secara paksaan dan pembakaran pasar serta tanah ladang yang menyebabkan komuniti kelaparan serta memaksa mereka melarikan diri.

 “Jenayah ini adalah sama dengan jenayah terhadap kemanusiaan di bawah undang-undang antarabangsa, ketika mereka melakukan kesalahan sebagai sebahagian daripada serangan yang meluas dan sistematik terhadap populasi Rohingya,” menurut laporan.

Laporan menyatakan beberapa pegawai kanan tentera dan polis pengawal sempadan yang menyelia unit-unit yang melakukan secara langsung kekejaman tersebut, sementara yang lain mengetahui tindakan orang bawahan dan gagal untuk menghalang, menghentikan atau menghukum jenayah itu.

Dokumen sebanyak 186 muka surat merupakan cubaan pertama untuk menamakan dan mengaitkan pegawai kanan dalam keganasan yang tersebar yang menyebabkan beramai-ramai meninggalkan negara dan krisis kemanusiaan.

Beratus ribu penduduk Rohingya telah menetap di kem yang kotor di negara jiran Bangladesh, ramai yang terlalu takut untuk kembali di sebalik satu perjanjian penghantaran pulang dengan Myanmar yang menurut kumpulan hak asasi tidak menjamin kepulangan yang selamat.

Laporan itu merupakan keterangan paling lengkap mengenai krisis sehingga sekarang dan  diikuti dengan sekatan baharu daripada Kesatuan Eropah (EU) pada minggu ini terhadap tujuh pegawai keselamatan yang dituduh terlibat jenayah serius termasuk keganasan seksual dan pembunuhan.

Min Aung Hlaing  tidak tertakluk kepada sekatan namun enam orang dalam senarai EU telah turut dinamakan dalam laporan Amnesty, yang berdasarkan kepada lebih 400 temu bual di Myanmar dan Bangladesh dari September 2017 hingga Jun 2018.

Penulis itu juga mengguna-kan gambar satelit, analisis forensik dan dokumen rahsia tentera.

Laporan turut mengandungi salah laku yang dilakukan oleh Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA), kumpulan militan Islam yang menyerang beberapa pos polis pada 25 Ogos, 2017.

Ia menuduh ARSA membunuh pemberi maklumat dan mereka yang mempunyai hubungan ketenteraan dan membunuh ramai penduduk Hindu di kawasan tersebut, yang dinafikan oleh kumpulan militan itu.

Amnesty berkata ia sudah meminta respons daripada pihak tentera Myanmar dan pejabat pemimpin de facto Aung San Suu Kyi namun tidak mendapat sebarang jawapan.

Myanmar sebelum ini menolak permintaan untuk siasatan ICC, menegaskan ia bukannya pihak yang terlibat dalam perjanjian yang mentadbir mahkamah itu. — AFP

Advertisement