Anda di sini

Dua lagi ditahan terbabit pertaruhan haram Piala Dunia

Advertisement
HARIS (kiri) melayani tetamu yang hadir pada majlis itu. Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah (kanan) dan Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Jannie Lasimbang (tengah).
HARIS (dua kiri) melayani tetamu yang hadir pada majlis itu. Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah (kanan) dan Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Jannie Lasimbang (tengah).

PENAMPANG: Polis menahan dua lagi individu selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan pertaruhan haram Piala Dunia di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata suspek berumur lingkungan 40 hingga 50 tahun terbabit ditahan dalam beberapa siri serbuan berasingan.

"Kedua-dua suspek lelaki warga tempatan itu kini ditahan untuk siasatan selanjutnya mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

"Kita juga akan merujuk kes ini kepada pakar judi untuk menentukan bagaimana keadaan kes sementara menunggu sebarang keputusan lanjut daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Tambahnya semasa penahanan suspek, pihaknya turut merampas sejumlah wang tunai dan beberapa barangan termasuk telefon bimbit, komputer riba, mesin pencetak, mesin pengiraan wang, buku nota dan lembaran taruhan sepertimana rampasan sebelumnya.

Haris berkata pemantauan berterusan daripada pasukan Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Khas Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang giat dijalankan di kawasan yang dipercayai banyak melakukan aktiviti pertaruhan haram itu.

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk menyalurkan sebarang kegiatan judi di kawasan sekitar dan tidak melibatkan diri dalam kegiatan itu agar tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat IPD Penampang hari ini.

  • oleh
  • Advertisement