Anda di sini

Warisan Labuan hulur simpati mangsa rumah roboh Bebuloh Laut

Advertisement
HALIM dan Asrusdy bersama rombongan Warisan Labuan meninjau Kg Bebuloh Laut.
HALIM dan Asrusdy bersama rombongan Warisan Labuan meninjau Kg Bebuloh Laut.

LABUAN: Parti Warisan Sabah Parlimen Labuan pada Selasa mengunjungi rumah atas air penduduk Kg Bebuloh Laut yang roboh minggu lalu untuk menyampaikan sumbangan berupa wang tunai.

Noor Halim Datuk Haji Zaini mengetuai rombongan Warisan Labuan menemui pemilik rumah, Junainah Sonsry, 35, yang turut disertai Ketua Pegawai Penguatkuasa Perbadanan Labuan, Musa Bariong di perkampungan atas air kira-kira 12km dari bandar.

“Terima kasih atas keprihatinan ahli-ahli menyumbang kewangan dan menyertai lawatan,” kata Halim selepas kunjungan itu.

HALIM menyampaikan sumbangan tunai kepada keluarga mangsa.
HALIM menyampaikan sumbangan tunai kepada keluarga mangsa.

Pada ketika ini, keluarga yang ditimpa bencana rumah roboh tinggal menumpang di rumah keluarga yang berjiran di kampung itu.

Rumah yang roboh tidak lagi dapat dihuni keluarga pemilik disebabkan susut ke dasar air akibat patah tiang dan jejambat runtuh.

  • oleh
  • Advertisement