Anda di sini

Remaja 17 tahun ditahan rogol teman wanita

Advertisement
HARIS
HARIS

PENAMPANG: Polis menahan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun selepas didapati merogol teman wanitanya di sebuah kawasan tempat letak kereta Taman Malakun, di sini pada 19 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian berlaku apabila bapa mangsa menemukan rakaman video seks bersama suspek dalam telefon bimbit anak perempuannya yang berumur 14 tahun itu.

Katanya mangsa bagaimanapun hanya mendiamkan diri apabila disoal berkenaan video terbabit sebaik diketahui bapanya kira-kira jam 6 petang Selasa.

"Bapa mangsa kemudiannya bertindak menghubungi suspek berkenaan kejadian itu sebelum suspek mengakui bahawa individu di dalam video itu adalah dia dan mangsa.

"Selepas menerima pengakuan suspek, bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 12.25 tengah malam Selasa," katanya.

Haris berkata bertindak daripada laporan, pihaknya menahan suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai untuk membantu siasatan.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

  • oleh
  • Advertisement