Anda di sini

Soal rakyat adalah keutamaan : Dr Daud

Advertisement

BONGAWAN: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dr. Daud Yusof mengajak rakyat untuk menepikan soal politik ketika ini dengan memberikan sokongan kepada kerajaan yag memerintah demi menjamin pembangunan negeri.

Beliau berkata, soal rakyat dan keharmonian serta keselesaan rakyat adalah menjadi keutamaan kerajaan sekarang.

 DR Daud ketika berucap sempena majlis itu.
DR Daud ketika berucap sempena majlis itu.

Jelas beliau, waktu ini bukan lagi masa untuk berpolitik sebaliknya masa untuk menstruktur dan menyusun semula pentadbiran dan pengurusan negeri ini untuk memastikan Sabah terus membangun.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Kaamatan dan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen Kimanis 2018 di Dewan Masyarakat Bongawan.

Hadir sama,  Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Kimanis Haji Yusuf Mohd Haji Said dan Naib Ketua Bahagian Parti Warisan Kimanis Lazarus@Remy Anthony.

Dalam pada itu, Dr Daud yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan berkata, rakyat dan pemimpin perlu bersatu  bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri Sabah.

Tambah beliau, sempena dengan sambutan perayaan yang diraikan rakyat di negara ini, beliau mengajak setiap lapisan masyarakat untuk menggunakan landasan tersebut bagi mengukuhkan perpaduan.

Jelas beliau, keharmonian yang dikecapi hari ini telah membolehkan rakyat menyambut perayaan masing-masing dengan suasana yang ceria.

DR Daud memukul gong sebagai gimik perasmian sambil diperhatikan oleh tetamu kehormat yang hadir.
DR Daud memukul gong sebagai gimik perasmian sambil diperhatikan oleh tetamu kehormat yang hadir.

"Ambil kesempatan ini untuk bersatu bagi mengukuhkan ukhuwah dan silaturahim kerana ini secara tidak langsung mampu menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara, " katanya.

Pada majlis tersebut, Dr. Daud turut mengumumkan pembukaan Pusat Pembayaran Sehenti di Bongawan bagi memudahkan urusan perkadaran dan bayaran cukai pintu di bawah  Majlis Daerah Papar.

  • oleh
  • Advertisement