Anda di sini

Pelebaran sungai akan disegerakan

Advertisement
AZIS bersalaman ketika tiba di majlis itu.
AZIS bersalaman ketika tiba di majlis itu.

KOTA KINABALU: Usaha untuk melebarkan sungai-sungai di kawasan Parlimen Sepanggar akan disegerakan selepas mendapat peruntukan sewajarnya.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman berkata, pihaknya sudah berhubung dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Saliran dan Pengairan negeri berkaitan dengan masalah banjir di kawasan itu.

"Kita mempunyai mekanisma bagi menyelesaikan masalah itu dan difahamkan peruntukan bagi melebarkan sungai-sungai di sini telah diluluskan.

"Cuma berlaku perubahan kerajaan maka peruntukan itu ditahan...Saya akan berjumpa dengan Menteri Kewangan untuk meminta peruntukan itu disalurkan segera kerana ia adalah peruntukan kritikal yang benar-benar diperlukan,"katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Sepanggar anjuran bersama Grand Merdeka Raya ERA, di sini pada Sabtu.

Beliau yakin dengan pelebaran beberapa sungai di Sepanggar, masalah banjir dapat diatasi.

Katanya, selain masalah banjir, beliau juga akan memastikan masalah kampung setinggan di Sepanggar dapat diselesaikan dalam tempoh lima tahun.

"Selain itu, saya juga akan memastikan wujudnya peluang pekerjaan kepada anak muda di sini.

"Kita mempunyai Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) yang sepatutnya mampu menyediakan peluang pekerjaan.

"Tidak tahu mana silapnya KKIP tidak seperti mana yang diharapkan," katanya.

Menurutnya, itulah antara perkara yang akan dilihat dengan menjemput lebih banyak pelabur membuka kilang di KKIP seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan.

  • oleh
  • Advertisement