Anda di sini

Beyonce, Jay-Z raikan perkahwinan, asal usul dalam album baharu

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 4 November 2016 ini menunjukkan Beyonce (kiri) dan Jay-Z membuat persembahan semasa  Get Out the Vote (GOTV) sebagai tanda sokongan kepada calon presiden Democratic Hillary Clinton di Wolstein Center, Cleveland, Ohio. Beyonce dan Jay-Z pada 18 Jun lepas mengeluarkan album baharu mereka ke semua platform termasuk  Spotify selepas lebih sehari ia dikeluarkan secara eksklusif di Tidal pada 16 Jun 2018.  — Gambar AFP
KEMBALI BERKOLABORASI: Gambar fail yang diambil pada 4 November 2016 ini menunjukkan Beyonce (kiri) dan Jay-Z membuat persembahan semasa Get Out the Vote (GOTV) sebagai tanda sokongan kepada calon presiden Democratic Hillary Clinton di Wolstein Center, Cleveland, Ohio. Beyonce dan Jay-Z pada 18 Jun lepas mengeluarkan album baharu mereka ke semua platform termasuk Spotify selepas lebih sehari ia dikeluarkan secara eksklusif di Tidal pada 16 Jun 2018. — Gambar AFP

PASANGAN paling terkenal dalam dunia muzik, Beyonce dan Jay-Z, membuat kejutan apabila mereka mengeluarkan sebuah album bersama, satu kerjasama yang sudah lama dikhabarkan dan meraikan rumah tangga mereka yang ghairah dan identiti mereka sebagai orang berkulit hitam.

Diva pop dan bintang hip-hop itu mengumumkan album tersebut ‘Everything is Love’ dari pentas di London ketika mereka menamatkan jelajah British yang memulakan jelajah global.

Album itu dikeluarkan lewat Sabtu lepas secara eksklusif dalam servis striming Tidal yang baharu milik Jay-Z dan tidak dapat diperolehi dalam Spotify – sebuah platform yang jauh lebih besar sehingga Isnin, yang dikecam oleh Beyonce dalam album tersebut dengan beberapa hinaan.

Pasangan itu juga mengeluarkan sebuah video yang dikoreograf dengan teliti dan diambil di dalam muzium Louvre di Paris untuk satu lagu dari album itu.

Video itu bermula dengan pasangan tersebut yang berdiri seperti kerabat diraja di hadapan gambar ‘Mona Lisa’ - Jay-Z memakai sut dua lapis berwarna hijau muda, Beyonce memakai sut dan seluar berwarna lavender – dan memaparkan sekumpulan penari berpakaian jarang yang bergerak dengan seksi di hadapan lukisan  Jacques Louis David ‘The Coronation of Napoleon’.

Didorong oleh jiwa yang mesra dan ghairah dengan nada yang umumnya hip-hop, ‘Everything is Love’ menyatukan stail kedua-dua artis itu tetapi lebih konsisten dengan hala tuju Jay-Z baru-baru ini.

Album itu memusnahkan sebarang kesucian yang masih ada dari zaman awal Beyonce, di mana penyanyi ‘Say My Name’ dan ‘Single Ladies (Put a Ring On It)’ tidak lokek dengan maklumat terperinci tentang kehidupan peribadinya bersama Jay-Z.

- Lebih terbuka -

Kedua-dua bintang itu pernah merakamkan lagu bersama pada masa lalu, khususnya untuk lagu single yang diketuai Beyonce ‘Drunk in Love’ tetapi album itu keluar selepas pendedahan yang khususnya terbuka mengenai rumah tangga mereka.

Beyonce dalam album solo terakhirnya ‘Lemonade’ pada 2016 mendedahkan kecurangan Jay-Z, yang setahun kemudian memohon pengampunan dalam albumnya sendiri ‘4:44’.

Pada tahun ini, seperti yang dibayangkan oleh tajuk ‘Everything is Love’, hubungan mereka nampaknya amat baik sekali. Dalam lirik pertamanya lagi, Beyonce menjemput suaminya, “Let’s make love in the summertime” (Mari berasmara pada waktu musim panas).

Dalam lagu terakhir, ‘Lovehappy’ yang ceria dan kuat, kedua-duanya mengakui pernah terluka tetapi mereka juga berusaha untuk berbaik semula.

“We’re flawed / But we’re still perfect for each other” (Kami ada cacat cela / Tetapi kami masih sempurna untuk satu sama lain), Beyonce berlagu.

Sebagai dua daripada warga Afrika Amerika paling terkemuka dalam budaya pop, Jay-Z dan Beyonce telah memainkan peranan politik yang semakin menonjol, daripada berkempen untuk bekas presiden Barack Obama hingga kepada memperjuangkan pergerakan ‘Black Lives Matter’.

‘Everything is Love’ menawarkan satu lagu kepada identiti Afrika Amerika dalam ‘Black Effect’, yang bermula dalam gaya Beyonce dengan monolog tentang sayang diri sebelum sampel ‘soul’ yang berhantu.

Jay-Z dalam lagu itu menyebut nama Trayvon Martin, remaja Afrika Amerika berusia 17 tahun yang ditembak mati pada 2012 oleh seorang pengawal rukun tetangga dalam sebuah komuniti berpagar di Florida, dan menyanyi rap, dalam pintalan bagi seruan biasa penghibur kepada orang ramai untuk membuat gerak-geri, “Get your hands up high like a false arrest” (Angkat tinggi tangan kamu seperti tangkapan salah).

- Kata tidak kepada Super Bowl -

Dalam lagu lain dalam album itu, Jay-Z seakan-akan mengesahkan satu laporan bahawa dia menolak tawaran daripada National Football League (NFL) untuk membuat persembahan di Super Bowl pada tahun ini, acara ditonton paling ramai orang menerusi televisyen Amerika Syarikat, dan Justin Timberlake pada akhirnya membuat persembahan untuk perlawanan kejuaraan ‘American football’.

Jay-Z merupakan penyokong lantang Colin Kaepernick, pemain quarterback yang kini menganggur selepas tindakannya berlutut untuk membantah ketidakadilan perkauman sewaktu lagu kebangsaan berkumandang mencetuskan kemarahan dan kecaman Presiden Donald Trump.

“I said no to the Super Bowl / You need me, I don’t need you” (Aku kata tidak kepada Super Bowl / Kamu memerlukan aku, aku tidak memerlukan kamu), kata Jay-Z dalam lagu rapnya.

“Every night we in the endzone / Tell the NFL we in stadiums, too” (Setiap malam kita dalam ‘endzone’ /Beritahu NFL kita dalam stadium juga), kata rapnya, yang kemungkinan besar merujuk kepada dinamika perkauman dalam ‘American football’ di mana pemilik yang hampir kesemuanya berkulit putih mengambil pemain yang kebanyakannya berbangsa Afrika Amerika.

Penyanyi rap itu, juga dikenali dengan nama timangan Hov, mengkritik Trump dengan lebih jelas dalam ‘Salud!’, lagu bersama Beyonce yang tidak dapat dijelaskan tidak dimasukkan ke dalam album yang memaparkan sembilan buah lagu itu tetapi dikeluarkan serentak.

Tanpa memohon maaf bagi kejayaannya, Jay-Z menyanyi rap, “Your president tweeting about Hov like he knows us / My road to the top was to take what you owe us” (Presiden kamu tweet mengenai Hov seakan-akan dia kenal kita / Jalanku ke puncak adalah untuk mengambil apa yang kamu hutang dari kami).

— AFP

Advertisement