Anda di sini

Kemeriahan Syawal di Lawas dirai pelbagai lapisan masyarakat

Advertisement
 Rombongan parti komponen dari Batu Danau turut merakam kenangan bersama Awang Tengah (lima kiri), Dayang Morliah dan tetamu kenamaan lain.
KENANGAN MANIS: Rombongan parti komponen dari Batu Danau turut merakam kenangan bersama Awang Tengah (lima kiri), Dayang Morliah dan tetamu kenamaan lain.
 Awang Tengah (tiga kanan) bersama Paulus (dua kiri), Henry (empat kiri), Dr Abdul Rahman (kanan) bergambar dengan ketua masyarakat Cina pada majlis rumah terbuka Aidilfitri.
JALIN SILATURAHIM: Awang Tengah (tiga kanan) bersama Paulus (dua kiri), Henry (empat kiri), Dr Abdul Rahman (kanan) bergambar dengan ketua masyarakat Cina pada majlis rumah terbuka Aidilfitri.
 Awangku Jinal (depan, enam kiri), Sufian bergambar bersama Pemuda Bukit Sari Lawas dan Bukit Kota Limbang.
HUBUNGAN RAPAT: Awangku Jinal (depan, enam kiri), Sufian bergambar bersama Pemuda Bukit Sari Lawas dan Bukit Kota Limbang.

KEMERIAHAN sambutan Syawal di Lawas dirasai bukan saja umat Islam malah turut dirai masyarakat berlainan agama dan budaya.

Majlis rumah terbuka Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan baru-baru ini terus menerima kunjungan rakyat pelbagai lapisan dan peringkat umur bukan saja dari negeri ini malah dari Sabah dan Brunei.

Kehadiran mereka ini turut mewarnai lagi suasana Hari Raya Aidilfitri kali ini selain menjadi simbol kepada perpaduan dan keharmonian kaum di utara negeri ini.

Turut sama ialah isterinya Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail dan isteri Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Ketua Parti PBB Cawangan Bukit Sari Kr Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa, Walikota Majlis Daerah Limbang Kauselor Sufian Mohat dan tetamu lain.

Advertisement