Anda di sini

Awang Tengah kunjungi rumah terbuka pemimpin Limbang

Advertisement
 Morliah (duduk, enam kiri), Awang Tengah dan tetamu lain bergambar di kediaman Dr Abdul Rahman (lapan kiri) dan Dayang Maimunah (lima kiri).
RUMAH TERBUKA: Morliah (duduk, enam kiri), Awang Tengah dan tetamu lain bergambar di kediaman Dr Abdul Rahman (lapan kiri) dan Dayang Maimunah (lima kiri).
 Awang Tengah (duduk, empat kanan) dan isteri Dayang Morliah (lima kanan) berkunjung di kediaman Hasbi (tiga kanan) dan Elsi (tujuh kanan) di Bunga Raya. Turut kelihatan Dr Abdul Rahman (dua kanan) dan Paulus (kanan).
NOSTALGIA RAYA: Awang Tengah (duduk, empat kanan) dan isteri Dayang Morliah (lima kanan) berkunjung di kediaman Hasbi (tiga kanan) dan Elsi (tujuh kanan) di Bunga Raya. Turut kelihatan Dr Abdul Rahman (dua kanan) dan Paulus (kanan).
 Sufian (tujuh kiri) dan Siti Mariam (empat kiri) bergambar bersama tetamu kenamaan yang beraya di kediaman mereka di Kampung Sayung.
KELUARGA BESAR: Sufian (tujuh kiri) dan Siti Mariam (empat kiri) bergambar bersama tetamu kenamaan yang beraya di kediaman mereka di Kampung Sayung.

KUNJUNGAN Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan keluarga pada rumah terbuka pemimpin di daerah Limbang nyata menyemarakkan dan memeriahkan lagi sambutan Syawal hari kedua bagi penduduk di utara negeri ini.

Awang Tengah dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud tiba di rumah terbuka di kediaman Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah dan isteri Hasbi, Elsi Marlina Abdullah sekitar jam 9.30 pagi di Kampung Bunga Raya.

Ketibaan beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak disambut mesra penduduk terdiri daripada pelbagai lapisan agama dan budaya yang menanti seawal jam 9 pagi.

Awang Tengah dan isteri kemudiannya meluangkan masa mengunjungi kediaman Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail dan isteri Dayang Maimunah Awang Mohd Daud serta ahli keluarga diikuti kediaman Walikota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan isteri Siti Mariam.

Turut serta ialah ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan isteri Mary Sindang dan Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML) Mohamad Abu Bakar.

  • oleh
  • Advertisement