Anda di sini

AMANAH yakin pembangkang di Kedah sokong calon Speaker

Advertisement
 Mahfuz (dua kiri) beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidilfitri di kediamannya Taman Al Walid, di Alor Setar semalam. — Gambar Bernama
RAI BERSAMA: Mahfuz (dua kiri) beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidilfitri di kediamannya Taman Al Walid, di Alor Setar semalam. — Gambar Bernama

ALOR SETAR: Parti Amanah Negara (AMA-NAH) yakin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Kedah akan menyokong pemilihan calon Speaker and Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah pun dikenal pasti Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Menyatakan demikian, Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau tidak fikir ADUN pembangkang tidak sokong calon yang telah dicadangkan itu, tetapi sekiranya terdapat lebih daripada satu calon maka akan beraku proses pengundian.

“Tetapi kalau ia terus berlarutan kita guna demokrasi, biar rakyat memilih.

“Tetapi, persoalannya ada-kah pembangkang bersedia hendak serahkan mandat tersebut kepada rakyat.

“Kalau buat PRN (pilihan raya negeri), ia akan beri kelebihan dan kekuatan kepada PH dan menyebabkan pembangkang kehilangan sebilangan kerusi, tetapi kalau nak hilang kerusi terpulang kepada mereka.

“Ini kerana PH dilihat mempunyai kekuatan serta kelebihan untuk memenangi lebih banyak kerusi lagi sekiranya PRN diadakan berikutan rakyat sudah bijak memilih parti,” kata beliau ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya di Jalan Langgar di sini semalam.

Jumaat lepas, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dipetik sebagai berkata calon Speaker and Timbalan Speaker DUN negeri ini sudah dikenal pasti, dan isu pelantikan speaker telah pun selesai dan sidang DUN akan diadakan pada 4 Julai. — Bernama

Advertisement