Anda di sini

Dr Teo teruja hidupkan tradisi membuat ‘chang’

Advertisement
 Dr Teo (tiga kiri) dibimbing ahli PKR yang beragama Islam membungkus ‘chang’ sempena sambutan Festival Bot Naga masyarakat Cina di hadapan pejabat pusat khidmat beliau di Miri, semalam, sambil disaksikan Voon (dua kiri) dan pembantunya Peter Abong (kiri).
HIDUPKAN TRADISI: Dr Teo (tiga kiri) dibimbing ahli PKR yang beragama Islam membungkus ‘chang’ sempena sambutan Festival Bot Naga masyarakat Cina di hadapan pejabat pusat khidmat beliau di Miri, semalam, sambil disaksikan Voon (dua kiri) dan pembantunya Peter Abong (kiri).

MIRI: Bangga dengan latar belakang budaya yang pelbagai dan keharmonian kaum yang terdapat di Sarawak terutama di bahagian ini, Ahli Parlimen Miri Dr Micheal Teo tidak ketinggalan menghidupkan tradisi membuat ‘chang’ atau nasi pulut bungkus di hadapan pejabat khidmat beliau di sini, semalam.

Tradisi itu merupakan sebahagian daripada acara simbolik Festival Bot Naga, salah satu perayaan tradisional masyarakat Cina, yang disambut semalam.

“Nampak mudah tetapi ia tidak semudah dilihat,” kata Dr Teo yang turut mencuba bakat membungkus ‘chang’ dengan bimbingan salah seorang ahli PKR yang beragama Islam di sini, semalam.

Atas dasar kepelbagaian kaum dan agama, ‘chang’ yang lazimnya berintikan daging khinzir, telah dihasilkan daripada nasi pulut dengan inti daging lembu dan kacang tanah sempena acara itu untuk diagihkan kepada orang awam termasuk mereka yang beragama Islam.

Menurut setiausaha politik kepada Dr Teo, Voon Siak Ni, 100 biji ‘chang’ disediakan pada acara tersebut.

“Ia adalah masa yang amat sesuai untuk memperkenalkan tradisi atau Festival Bot Naga masyarakat Cina kepada orang ramai yang belum tahu dengan lebih lanjut mengenai legenda dan festival bot naga.

“Lebih menarik ia disediakan ahli kami yang beragama Islam, menandakan percampuran budaya, saling memahami dan menghormati di antara satu sama lain,” jelas beliau lagi.

Advertisement