Anda di sini

Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka tanda rakyat menerima baik pemimpin, kerajaan baharu

Advertisement
MOHAMMADIN meluangkan masa beramah mesra dan bergambar dengan Pegawai Belia dan Sukan Negeri Daerah Lahad Datu, Irwan Iskandar.
MOHAMMADIN meluangkan masa beramah mesra dan bergambar dengan Pegawai Belia dan Sukan Negeri Daerah Lahad Datu, Irwan Iskandar.

LAHAD DATU: Kira-kira 5,000 pengunjung datang ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2018/1439H Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Silam, Datuk Mohammadin Ketapi di Dewan Sri Perana, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Silam menyifatkan majlis yang mendapat sambutan semua lapisan masyarakat tanda sempadan agama dan keturunan itu sebagai tanda rakyat menerima baik pemimpin dan kerajaan baharu.

Menurutnya, sudah tiba masanya pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan menjalin hubungan rapat dan persefahaman demi menjayakan budaya kerja membantu pembangunan rakyat.

MOHAMMADIN ketika berucap.
MOHAMMADIN ketika berucap.

"Tidak perlu lagi timbulkan isu-isu lama sebaliknya pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin perlu bekerja demi memastikan tanggungjawab membela rakyat dapat dilaksanakan.

"Jalinan kerjasama yang erat amat penting agar sebarang permasalahan dapat diselesaikan melalui rundingan secara baik," katanya ketika berucap di majlis itu.

Mohammadin berterima kasih kepada penyokong Warisan yang telah membuat keputusan yang tepat dengan menyokong perjuangan parti pimpinan Presiden merangkap Ketua Menteri, Datu Seri Mohd Shafie Apdal pada Pilihanraya Umum Ke-14 lalu.

Menurutnya, kerajaan baharu yang dibentuk akan berupaya membela nasib rakyat melalui fasa-fasa perubahan dan berharap rakyat memberi sepenuhnya kerjasama bagi menjayakan dasar-dasar pembangunan demi rakyat.

Turut hadir pada majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Dumi Pg Masdal, Adun Tungku Assafal P Alian.

MOHAMMADIN (duduk kanan) turut bergambar kenangan dengan tetamu majlis dari pelbagai kaum dan agama.
MOHAMMADIN (duduk kanan) turut bergambar kenangan dengan tetamu majlis dari pelbagai kaum dan agama.
  • oleh
  • Advertisement