Anda di sini

Kereta rosak dihempap tangki air

Advertisement
KEADAAN kereta yang rosak teruk selepas dihempap tangki yang jatuh dari tingkat satu bangunan.
KEADAAN kereta yang rosak teruk selepas dihempap tangki yang jatuh dari tingkat satu bangunan.

KOTA KINABALU: Sebuah kereta jenis kompak mengalami kerosakan teruk selepas dipercayai dihempap tangki air yang terjatuh dari  atas bangunan berhampiran kawasan pasar malam Sinsuran awal pagi Selasa

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kereta mangsa rosak di bahagian bumbung selepas tangki air itu terjatuh dari tingkat satu restoran kira-kira jam 10.30 pagi.

“Siasatan mendapati tangki air adalah jenis plastik dan menampung 200 liter air semasa kejadian.

“Siasatan selanjutnya mendapati punca kejadian disebabkan kayu playwood penahan tangki reput selain lokasi tangki air diletakkan di bucu bangunan tanpa penghadang keselamatan,” katanya.

Menurutnya tiada kemalangan jiwa serta kecederaan berlaku berikutan pemilik kereta tidak berada di dalamnya semasa kereta diletakkan di kawasan parkir terbabit.

“Pemilik restoran sudah berbincang dengan mangsa dan bersetuju membayar ganti rugi kepada pemilik kereta terbabit,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement