Anda di sini

58 keluarga kurang mampu terima sumbangan Persas

Advertisement
MOHD Johari (belakang, kanan) menyampaikan sumbangan kepada keluarga kurang berkemampuan sempena bulan Ramadan.
MOHD Johari (belakang, kanan) menyampaikan sumbangan kepada keluarga kurang berkemampuan sempena bulan Ramadan.

SANDAKAN: Sebanyak 58 buah keluarga yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan keperluan asas sempena bulan Ramadan daripada Persatuan Sukarelawan Anak Sandakan (Persas).

Presiden Persas, Mohd Johari Mohd Shafuwan berkata, program itu adalah salah satu inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan.

Dalam masa sama, ia memberi peluang untuk mereka yang ingin melakukan amal kebaikan untuk menunaikan niat masing-masing.

Antara sumbangan keperluan asas yang diberikan termasuk beras, minyak masak, gula dan tepung.

Pihak Persas telah menghantar sumbangan itu ke 13 buah tempat di sekitar daerah Sandakan bermula 27 Mei hingga 10 Jun.

Johari berkata, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat prihatin dengan membantu golongan yang memerlukan bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi juga pada setiap waktu dan ketika.

Berikutan itu, program seumpama akan diteruskan daripada semasa ke semasa untuk memberi peluang kepada orang ramai yang ingin membantu golongan memerlukan.

"Semoga program ini dapat memupuk semangat kesukarelaan dan keprihatinan bagi  warga Sandakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement